Chris Pratt Adalah Garfield Untuk Filem Animasi Baharu

Siapa sahaja yang tidak mengenali watak kucing yang digelar Garfield? Watak yang dicipta oleh Jim Davis bermula dengan jalur komik, ke animasi ke filem aksi nyata – kucing jingga yang gemar menghuru-harakan keadaan ini dikenali ramai.

Terkini, Alcon Entertainment akan hadir dengan satu filem animasi Garfield yang akan diedarkan oleh Sony Pictures. Filem ini ditulis oleh David Reynolds (Finding Nemo), diarahkan oleh Mark Dindal (Chicken Little) iaitu pasangan sama di sebalik siri animasi Disney The Emperor’s New Groove.

Garfield untuk filem ini telah disahkan suaranya akan dilakonkan oleh Chris Pratt, iaitu pelakon Star-Lord, pelakon suara Mario, dan pelakon suara banyak animasi lain termasuk Lego.

Tiada sebarang butiran lain yang dikongsi buat masa ini. Tetapi agak menarik untuk lihat filem Garfield kembali selepas sekian lama. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini