Di acara Nintento Direct yang diadakan pada malam tadi, bukan sahaja permainan video baharu diumumkan tetapi turut mempunyai filem animasi. Shigeru Miyamoto daripada Nintendo mengumumkan yang mereka dan Illumination akan hadir dengan filem animasi Super Mario Bros. pada Disember 2022.

Lebih mengejutkan adalah, senarai pelakon suara yang telah dipilih adalah daripada pelakon A-List. Berikut adalah senarainya;

  • Chris Pratt – Mario
  • Charlie Day – Luigi
  • Anya Taylor-Joy – Peach
  • Jack Black – Bowser
  • Seth Rogen – Donkey Kong
  • Keegan-Michael Key – Toad
  • Fred Armisen – Cranky Kong

Berdasarkan apa yang mereka umumkan, watak Mario olej Chris Pratt akan banyak bercakap dalam filem ini dengan Peach lakonan Anya Taylor-Joy pula adalah watak puteri yang lebih bersemangat. Bowser pula akan mempunyai perwatakan raksasa dengan suara Jack Black serta Seth Rogen akan membawakan watak Donkey Kong yang lebih lucu.

Charles Martinet yang biasa terlibat dengan banyak projek Nintendo turut akan kembali memainkan watak misteri. Filem animasi ini adalah kerjasama di antara Nintendo dan Universal Pictures. Christopher Meledandri akan menerbit filem animasi ini mewakili Illumination, manakala Aaron Horvath dan Michael Jelenic adalah pengarah. Penulis ppula adalah Mathew Fogel yang pernah terlibat untuk The Lego Movie 2: The Second Part dan Minions: The Rise of Gru.

Filem ini akan ditayangkan pada 21 Disember 2022 tahun hadapan. Selepas pengumuman ini, setiap watak ini sudah boleh saya bayangkan suara mereka. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut.

Sohor Kini