Mac lalu, telah kami laporkan yang Apple akan hadir dengan K-Drama pertama mereka berdasarkan webtoon Dr. Brain. Terkini, treler bagi siri ini telah dipertontonkan.

Ia mengisarkan seorang saintis otak Sewon lakonan Lee Sun-kyun (Parasite), seorang bapa yang kehilangan isteri dan anak atas kemalangan misteri. Terdesak dan obsesi untuk mencari kebenaran, beliau melakukan pelbagai eksperimen dengan otak manusia untuk mencari klu, serta mengakses memori orang mati untuk cuba menyelesaikan misteri ini.

Treler ini memperlihatkan kualiti produksi yang gila tinggi dengan kesan visual dan audio yang cukup menarik. Ia juga dilihat mempunyai konsep yang menarik dan penceritaan yang mungkin akan memuaskan hati ramai orang. Turut kelihatan adalah kesan negatif akibat hasil eksperimen beliau, menimbulkan persoalan adalah berbaloi tindakan beliau ini dan adakah semuanya akan selesai?

K-Drama ini akan hadir dengan enam episod, siri yang juga dilihat seram seriau ini akan disiarkan di Apple TV+ bermula 4 November – seiring dengan pelancaran Apple TV+ di Korea Selatan.

Sohor Kini