Anime Cowboy Bebop Akan Ke Netflix Pada 21 Oktober

Siri aksi nyata Cowboy Bebop akan ditayangkan di Netflix pada 17 November hadapan. Tetapi mungkin ramai belum pernah menonton siri anime Cowboy Bebop asal memandangkan ia tidak pernah ditayangkan di kaca TV Malaysia. Bagi menyelesaikan isu ini, Netflix akan mula menayangkan siri anime Cowboy Bebop di peringkat global pada 21 Oktober hadapan.

Cowboy Bebop mencapai tahap kultus di kalangan peminat anime kerana animasi penuh sakuga, watak yang menarik dan jalan cerita yang mengasyikkan. Bagi mereka yang ingin melihat sendiri mengapa Spike Spiegel, Faye Valentine, Jet Black, Edward, dan Ein adalah watak yang mempunyai ramai peminat tegar, siri animasi dari tahun 1998 ini perlu dimasukkan ke dalam senarai mesti tonton apabila tiba di Netflix minggu depan.

Turut disahkan oleh Netflix ialah siri aksi nyata Cowboy Bebop akan hadir dengan audio bahasa Jepun menggunakan pelakon suara anime asal. Koichi Yamadera (Spike), Megumi Hayashibara (Faye Valentine), Norio Wakamoto (Vicious), dan Gara Takashima (Julia) semuanya kembali meminjamkan suara mereka yang amat sinonim dengan siri yang sudah berusia lebih 23 tahun ini.

Sohor Kini