Siri anime Cowboy Bebop boleh dikatakan diantara salah satu tajuk yang menaikkan nama genre tersebut ke arena global, menggabungkan animasi Jepun yang menarik, disamping adegan aksi, komedi dan jalan cerita yang sangat menarik, bersama-sama dengan muzik yang cukup menghiburkan.

Beberapa tahun lalu, Netflix mengumumkan bahawa mereka akan membangunkan siri aksi nyata Cowboy Bebop, dan setelah beberapa rakaman semula dan penundaan, mereka akhirnya telah mengesahkan bahawa ia akan disiarkan di Netflix pada 19 November 2021.

Siri aksi nyata Cowboy Bebop ini akan dibintangi John Cho sebagai watak utama siri ini, Spike Spiegel, Mustafa Shakir akan memainkan watak Jet Black, manakala Faye Valentine akan dibintangi Daniella Pineda.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini juga, Yoko Kanno akan kembali untuk mengarang runut bunyi siri televisyen ini, sama seperti apa yang dilakukannya untuk siri anime yang disiarkan pada tahun 1998.

Bagi mereka yang tidak tahu mengenai jalan cerita siri ini, Cowboy Bebop menceritakan tentang sekumpulan tiga pemburu penjahat yang mengembara dari planet ke planet di sekitar sistem suria. Ketiga-tiga watak ini juga mempunyai sejarah silam mereka sendiri yang gelap.

Sebagai seorang peminat anime Cowboy Bebop, siri aksi nyata ini boleh saya katakan salah satu daripada siri yang cukup saya tunggu-tunggukan dan mahu lihat tidak lama lagi.

Sohor Kini