Foundation adalah siri TV terbaru yang sedang disiarkan di Apple TV+. Ia juga merupakan siri TV pertama atau adaptasi pertama berasaskan kar Isaac Asimov selepas sekian lama ianya adalah dalam bentuk novel sahaja. Siri TV ini menerima pujian baik kerana mempunyai visual yang gila gempak dan cantik.

Kami turut telah ulas tiga episod pertama siri TV ini yang anda boleh baca melalui pautan di bawah.

Baca: Ulasan Foundation di sini

Ketua rancangan Apple TV+ Matt Cherniss telah mengesahkan dengan Variety yang siri TV ini akan menerima musim kedua. Musim pertama yang ada 10 episod ini baru sahaja disiarkan dengan tiga episod dan setiap episod baharu adalah pada setiap Jumaat.

Isaac Asimov mempunyai banyak novel Foundation dan berkaitan antara satu sama lain. Melihat ia menerima sambutan yang agak baik bagi peminat sains fiksyen, tidak terkejut jika Apple ingin teruskan mengadaptasi siri ini kepada musim baharu.

Sohor Kini