Maxsoft iaitu pengedar rasmi untuk konsol dan juga permainan Nintendo, hari ini, telah mengumumkan pelancaran untuk laman khas bagi Nintendo Singapura dan juga channel Youtube Nintendo Singapura, menandakan yang Nintendo akan memberi sokongan yang lebih menyeluruh, sekurang-kurangnya di Singapura.

Selain itu, Qisahn iaitu kedai permainan video di Singapura juga telah berkongsi yang sebarang pengurusan jaminan di bawah Maxsoft ataupun ejen seperti membaiki konsol yang rosak boleh dilakukan secara terus melalui Nintendo Service Center di Singapura, alamat dan juga cara menghubungi boleh dilihat melalui pautan ini.

Ini sudah semestinya khusus untuk pengguna di Singapura, akan tetapi dengan konsol Switch di Malaysia juga kebanyakannya menggunakan jaminan Maxsoft, urusan jaminan juga mungkin akan menjadi lebih mudah.

Sohor Kini