Wonder Woman hari ini menyambut ulang tahun watak ini yang ke-80. Watak ini telah membawa perubahan terhadap konsep adiwira wanita atau wirawati. Disebabkan kejayaan watak ini, Wonder Woman kini dimasukkan dalam Museum Character Hall of Fame.
Bersempena dengannya, pelbagai filem Wonder Woman, siri TV serta animasi seperti Wonder Woman, Wonder Woman (animasi 2009), Wonder Woman: Bloodlines, dan DC Super Hero Girls kini disiarkan di HBO Go.

Di saluran Cartoon Network pula, dalam siri animasi Teen Titans Go! akan ada satu episod khas berjudul DC pada bukan Oktober akan datang yang mana semua Titans menyambut hari jadi watak ini.
Selepas kejayaan filem Wonder Woman 1984, filem ketiga turut disahkan akan tiba. Tetapi sebarang butiran masih belum dikongsi lagi. Sama-sama kita nantikan.