Warner Bros telah mengesahkan Wonder Woman akan menerima filem ketiga, dan produksinya untuknya juga akan dipercepatkan selepas kutipan yang memberangsangkan untuk Wonder Woman 1984.

Filem tersebut telah mengutip $85 juta (~RM344 juta) secara global selepas 2 minggu, hujung minggu pertama di Amerika Syarikat.Patty Jenkins dan Gal Gadot akan kembali sekali lagi untuk filem ketiga ini.

Selain di pawagam, Wonder Woman 1984 juga disiarkan di HBO Max yang tampaknya tidak memberi kesan yang besar kepada kutipan di pawagam, di mana di Amerika Syarikat untuk hujung minggu pertama ia mengutip $16.7 juta (~RM67 juta).

Walaupun mendapat kutipan yang baik, Wonder Woman 1984 telah menerima ulasan yang kurang baik. Kami sendiri merasakan ia satu filem yang bermasalah dan bosan. Anda boleh tonton video ulasan kami di bawah.

Sohor Kini