Platinum Games telah mengumumkan yang Bayonetta 3 akan dikeluarkan secara eksklusif untuk Nintendo Switch sejak tahun 2017 lagi, akan tetapi selepas pengumuman tersebut, mereka sekadar mengatakan yang ia sedang dibangunkan sahaja.

Ketika acara Nintendo Direct pada pagi tadi, mereka akhirnya memperlihatkan treler baharu dan juga tarikh pelancaran iaitu pada tahun 2022, lebih 4 tahun selepas pengumuman pertama.

Anda boleh tonton treler baharu di bawah yang memperlihatkan Bayonetta melawan satu raksasa. Ia memperlihatkan adegan dan juga video bentuk permainan.

Sohor Kini