Lionsgate Play adalah platform penstriman video daripada Lionsgate, iaitu antara studio yang terkenal dengan pelbagai filem menarik. Platform ini mula dilancarkan di India beberapa tahun lalu dan kini ia telah tiba di Malaysia.

Walau bagaimanapun, platform ini dilihat tiba di sini melalui Unifi TV sahaja. Kerana apabila kami mencuba memuat turun aplikasi ini di Play Store, ia menyenaraikan harga berbeza. Melalui Unifi TV, harga langganan Lionsgate Play adalah RM14.90 sebulan dan pengguna yang tidak melanggan Unifi dilaporkan boleh melanggan pada harga RM19.90 sebulan.

Di dalam aplikasi, ia memaparkan harga dalam mata wang India dan apabila cuba membayar ia memaparkan harga dalam mata wang USD pula yang bernilai sekitar RM6 sahaja. Mungkin masih belum lengkap sepenuhnya lagi untuk bukan pengguna Unifi langgan.

Platform ini dilihat menawarkan pelbagai filem Hollywood menarik seperti;

  • Filem
    • The Hunger Games
    • The Twilight Saga
    • Now You See Me
    • The Aviator
    • Babel
    • Remember Me
  • Siri TV
    • Weeds
    • Power
    • Mad Men
    • The Spanish Princess

Sohor Kini