Razer telah mengumumkan kemaskini untuk alat kawalan Razer Wolverine V2 mereka, yang kini menyertakan sokongan Chroma dan pelbagai penambahan lain.

Razer Wolverine V2 Chroma ini akan menyertakan butang “Mecha-Tactile” yang akan memberikan penggunaan yang lebih responsif iaitu 10ms jangka pengakuan berbanding 12 dan 18ms untuk alat kawalan lain. Ia dikatakan mempunyai ketahanan sehingga 3 juta kali ditekan.

Selain itu, ia juga menyertakan 6 butang tambahan, berbanding 2 untuk Wolverine V2 biasa, iaitu 2 di bahagian atas dan empat butang di bahagian bawah yang boleh diubah-suai mengikut keggunaan sesuatu permainan.

Thumbstick juga boleh ditukar sama ada untuk “Offensive Shooter” yang memberikan batang yang lebih pendek untuk memberi kelajuan yang lebih ataupun “Defensive Shooter” yang batang lebih panjang untuk lebih tepat. Pemain juga boleh menukar mod untuk butang di bahagian atas, sama ada untuk tekan yang lebih cetek ataupun yang lebih dalam

Dengan sokongan Chroma, pengguna boleh tetapkan pilihan warna untuk jalur lampu di bahagian tepi alat kawalan. Razer Wolverine V2 Chroma ditawarkan dengan harga RM744.90 di pengedar rasmi Razer.

Sohor Kini