Hayley Atwell adalah seorang pelakon terkenal dalam dunia Marvel. Beliau adalah Agent Peggy Carter dalam MCU dan juga turut mempunyai siri TV tersendiri (yang mungkin telah dilupakan oleh Marvel Studios).

Terkini menurut Deadline, beliau telah dipilih sebagai pelakon suara untuk siri animasi Tomb Raider sebagai Lara Croft oleh Netflix. Siri animasi ini akan berkait dengan permainan video versi olahan semula yang diperkenalkan pada 2013 oleh Square Enix, di mana ia akan berlaku selepas 25 tahun.

Pengumuman mengenai siri animasi mula didengari sejak Januari lalu. Tasha Huo yang pernah terlibat dengan The Witcher: Blood Origin akan menjadi penulis siri animasi ini dan turut akan menjadi penerbit eksekutif. Bersama-sama dengan beliau adalah Dmitri M. Johnson iaitu CEO kepada dj2 Entertainment, Stephen Bugaj, Howard Bliss dan juga Jacob Robinson dari Tractor Pants.

Sebelum ini, filem-filem aksi nyata Lara Croft telah dimainkan oleh Angelina Jolie untuk filem 2001 dan 2003. Manakala versi olahan semula pada 2018 dimainkan oleh Alicia Vikander, yang masih dirancang akan ada sekuel untuknya.

Sohor Kini