Bulan Mac tahun lalu, Netflix mengumumkan kesinambungan bagi siri TV Locke & Key. Kemudian semasa hari Netflix Geeked hari kedua bulan Jun lalu, Netflix mendedahkan beberapa imej serta mengumumkan yang musim kedua bagi siri TV ini akan tiba bulan Oktober ini.

Terkini, Netflix telah mempertontonkan video acah baharu baginya.

Locke & Key adalah satu siri TV fantasi yang penuh dengan misteri, elemen suspen dan juga drama kekeluargaan. Jika anda tonton musim pertama, anda pasti ingin tahu apakah kesinambungannya yang akan diceritakan dalam musim ini. Melalui treler ini, ia dilihat mempunyai semakin banyak misteri dan pengembaraan dan lebih ramai yang bakal terlibat.

Menjadi persoalan, berapa banyak kunci lagi yang masih ada dan apa pula kunci-kunci lain ini boleh lakukan?

Adakah misteri kematian bapa kepada adik-beradik Locke ini akan terjawab dalam siri TV ini? Adakah kunci-kunci dengan kuasa ajaib ini dapat membantu mereka menentang musuh? Semuanya akan terjawab pada 22 Oktober akan datang. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini