Pada bulan Mei yang lalu, Sony mengumumkan bahawa pelayan untuk permainan LittleBigPlanet telah digodam, dan ia terpaksa ditutup untuk sementara waktu untuk menjalankan proses baikpulih dan kemaskini sekuriti supaya kejadian tersebut tidak berulang.

Untuk mereka yang bermain permainan LittleBigPlanet untuk PlayStation 4, ia telah diumumkan bahawa pelayan multi-pemain untuk permainan tersebut telahpun dipulihkan, dan kini kembali beroperasi seperti biasa.

Akan tetapi, berita malang untuk mereka yang memainkan LittleBigPlanet, LittleBigPlanet 2, LittleBigPlanet 3 dan LittleBigPlanet Vita, pelayan permainan tersebut untuk konsol PlayStation 3 dan PlayStation Vita nampaknya akan ditutup secara kekal.

Sony menyatakan bahawa keputusan ini dibuat untuk memastikan komuniti LittleBigPlanet yang aktif di PlayStation 4 boleh dilindungi dengan lebih baik, mungkin kerana pelayan untuk konsol-konsol yang lebih lama ini sukar untuk dikemaskini dan tidak mempunyai komuniti yang begitu besar.

Sohor Kini