Polyphony Digital ketika PlayStation Showcase telah mengumumkan yang Gran Turismo 7 akan dikeluarkan pada 4 Mac 2022 untuk PlayStation 4 dan juga PlayStation 5.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Melalui video di atas mereka telah memperlihatkan beberapa fungsi yang akan kembali di dalam permainan ini, antaranya adalah Livery Editor untuk membolehkan pemain menghias kereta dengan pelbagai pelekat.

Selain itu, ia juga memperlihatkan Scapes iaitu mod foto untuk permainan ini, di mana pemain boleh mengambil gambar sesuatu kereta dengan melakukan pelbagai ubah suai tetapan kamera dan juga hiasan persekitaran.

Polyphony Digital juga mengesahkan yang beberapa litar klasik akan kembali antaranya adalah Trial Mountain dan juga High Speed Ring.

Dikeluarkan untuk kedua-dua generasi konsol PlayStation, Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan sebelum ini yang ia tidak akan mempunyai naik taraf percuma dan akan memerlukan bayaran $10.

Sohor Kini