Khamis lepas, Guerilla Games dan Sony Interactive Entertainment telah membuka sesi pra-tempahan untuk Horizon Forbidden West, mereka juga telah mengumumkan yang bagi pemain yang ingin mendapat versi PS4 dan juga PS5, mereka perlu membeli versi permainan yang lebih mahal.

Ia bukanlah satu perkara yang luar biasa kerana sudah banyak permainan yang melakukan perkara yang sama akan tetapi pemain dan juga media telah mula berkongsi semula ‘janji’ yang dilakukan oleh mereka untuk memberikan naik taraf percuma bagi permainan ini.

Di akibatkan perkara tersebut, Jim Ryan iaitu Presiden dan CEO untuk Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan yang pemain yang membeli Horizon Forbidden West untuk PS4 akan menerima naik taraf percuma untuk PS5.

Namun, ini mungkin permainan terakhir yang akan mendapat naik taraf percuma apabila beliau juga mengumumkan permainan seterusnya oleh mereka akan memerlukan bayaran $10 untuk naik taraf, ini adalah termasuk untuk permainan akan datang bagi God of War dan juga Gran Turismo.

Ini adalah satu perkara yang baik, sekurang-kurangnya pada waktu awal ini dengan PS5 sendiri masih sukar untuk diperoleh, akan tetapi ia juga mencetus sedikit kekeliruan.

Buat masa ini, Horizon Forbidden West Edisi Standard masih lagi di jual dengan harga RM249 untuk PS4 dan RM299 untuk PS5, jika naik taraf percuma, RM299 untuk PS5 tidak perlu lagi disenaraikan.

Horizon Forbidden West akan dikeluarkan pada 18 Februari 2021 untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5.

Sohor Kini