Skip to main content

Penantian berakhir dan trailer penuh The Matrix Resurrections telah diterbitkan sebentar tadi oleh Warner Brothers. Dari visual yang diperlihatkan nampaknya filem keempat ini akan memaparkan aksi mantap dan kembalinya beberapa watak-watak utama dari siri trilogi asal.

Ia juga seakan memberikan petanda bahawa di dalam filem ini Neo telah dikembalikan semula ke dalam The Matrix selepas berakhirnya The Martix Revolutions. Neo cuba disedarkan semula dari tidur oleh sekumpulan penentang manusia. Beliau bukan sahaja boleh menghentikan peluru tetapi juga peluru berpandu kali ini. Bagi peminat The Matrix, filem ini kan ke pawagam pada 22 Disember 2021. Diharapkan pada waktu tersebut wayang gambar di Malaysia akan kembali beroperasi seperti biasa.

Leave a Reply