Filem keempat The Matrix adalah The Matrix Resurrections. Filem ini adalah sekuel secara terus kepada The Matrix Revolutions yang ditayangkan pada 2003. Kini selepas 18 tahun, apakah yang akan berlaku?

Kita tahu yang Neo kekal dilakonkan oleh Keanu Reeves, dan Trinity pula oleh Carrie Anne Moss. Tetapi butiran lain masih belum didedahkan, kecuali kepada mereka yang berada CinemaCon yang melihat klip pendek Neo bertemu dengan Trinity.

Sebentar tadi, Twitter rasmi The Matrix menjemput semua ke laman web WhatIsTheMatrix.com untuk anda memilih pil merah atau pil biru. Setiap pil akan mendedahkan sedikit klip berbeza daripada video acah. Laman web ini juga adalah jenis interaktif, kerana ia akan menyebut masa secara langsung.

Klip yang didedahkan ada dua yang berbeza, untuk memberikan anda peluang mencuba – kami tidak akan dedahkan klip tersebut. Video acah penuh akan didedahkan pada hari esok 9/9, 9 malam.

Filem ini diarahkan oleh Lana Wachowski sahaja tanpa penglibatan Lilly Wachowski buat pertama kali. Sungguhpun begitu sebagai peminat siri ini kami tidak sabar untuk kembali mengekori Si Arnah Putih. Seperti kata Cypher, “fasten your seatbelt Dorothy because Kansas is going bye bye”

Sohor Kini