Filem sekuel Top Gun dilaporkan telah ditunda ke bulan Mei 2022 kelak kerana wabak COVID-19 yang masih lagi membelenggu industri perfileman di Amerika Syarikat. Filem tersebut sepatutnya ditayangkan di pawagam filem pada bulan November ini, dan dengannya, pelancaran kandungan Top Gun untuk permainan simulasi penerbangan Microsoft Flight Simulator.

Pengumuman penundaan oleh Paramount mengenai filem Top Gun ini juga menyebabkan Asobi Studio membuat keputusan sama untuk menunda kandungan ini ke tarikh yang sama dengan tayangan semula filem tersebut pada tahun hadapan.

Keputusan ini dibuat kerana secara teknikalnya, kandungan tambahan ini dibangunkan sebagai sebuah promosi kepada filem tersebut, dan dengan pengumuman penundaan filem, penundaan kandungan juga dilihat sebagai sesuatu yang dibuat untuk menyelarikan pengeluaran kedua-dua medium ini.

Sumber: Microsoft Flight Simulator

Sohor Kini