Filem Sinema Sampah Sabtu di Aksiz minggu ini ialah SAS : The Rise of The Black Swan. Filem ini pada asalnya ditayangkan di UK sebagai SAS : Red Notice. Bagi mereka yang aneh mengapa nama filem ditukar ini adalah kerana Netflix menerbitkan filem Red Notice mereka sendiri tahun ini dengan lakonan oleh Dwayne The Rock Johnson, Ryan Reynolds dan Gal Gadot.

Trailer filem aksi komedi ini telah diterbitkan sebentar tadi dan menunjukkan aksi yang menakjubkan serta interaksi antara tiga watak utama filem. Filem ini berkisar dengan John Hartley lakonan The Rock cuba menangkap pencuri The Bishop (Gal Gadot) dengan bantuan Nolan Booth (Ryan Reynolds). Filem pula diarahkan oleh Rawson Marshall Thurber yang turut mengarahkan We’re the MillersCentral Intelligence, dan Skyscraper sebelum ini.

Sohor Kini