Trailer Terakhir James Bond: No Time To Die Diterbitkan

Filem James Bond: No Time To Die telah ditangguh lebih setahun dari tarikh tayangan asal April 2020 kerana pandemik yang melanda dunia. Kemudian ditangguhkan lagi bagi menggantikan beberapa babak yang mengandungi peranti tajaan yang telah berusia apabila filem ditayangkan. Filem ini akan akhirnya ke layar perak pada 8 Oktober 2021 dan hari ini pihak MGM telah menerbitkan trailer yang terakhir untuk filem ini.

Trailer menunjukkan legasi Daniel Craig sebagai James Bond memandangkan filem ini akan menjadi filem terakhir beliau memegang watak yang cukup ikonik ini. Turut dipaparkan ialah aksi lasak dan menarik yang boleh dilihat oleh penonton di pawagan kelak. Dengan Malaysia masih belum menunjukkan petanda wabak akan surut, kami tidak optimistik No Time To Die dapat ditonton di pawagam tempatan pada Oktober ini.

Sohor Kini