Seperti yang kami laporkan sebelum ini, filem James Bond terbaru, No Time To Die lakonan Daniel Craig ditunda sehingga Oktober 2021. Terkini, nampaknya sebab mengapa penundaan tambahan tersebut berlaku sudahpun diketahui umum.

Seperti yang sedia maklum, filem-filem besar seperti James Bond biasanya akan hadir dengan adegan-adegan yang memperlihatkan produk yang digunakan oleh watak-watak Utama filem. Filem James Bond yang terbaru mempunyai perjanjian untuk memaparkan produk-produk daripada jenama seperti Nokia, Adidas dan sebagainya.

Oleh kerana filem ini terpaksa ditunda akibat wabak COVID-19, produk-produk yang sudahpun dirakam penggambarannya kini boleh dikatakan lapuk. Salah satu daripada sebab jenama-jenama ini membayar untuk penempatan produk ialah supaya produk terbaru dapat dilihat di pawagam.

Nampaknya alasan mengapa filem ini ditunda sekali lagi adalah untuk merakam adegan penempatan produk yang memaparkan produk-produk terbaru Nokia dan sebagainya. Seperti contoh, peranti Nokia 8.3 sepatutnya digunakan didalam filem No Time To Die, tetapi peranti tersebut sudahpun dilancarkan pada bulan Oktober tahun lepas.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui peranti apakah yang akan menggantikannya untuk filem tersebut.

Sohor Kini