Acara March Through Time kini boleh diakses pemain Fortnite. Ia menayangkan video ucapan I Have A Dream Dr Martin Luther King di dalam permainan bersama dengan pameran mengenai pergerakan hak sama rata kaum di Amerika Syarikat. Pameran ini boleh diakses sejak 26 Ogos yang lalu tetapi semalam Epic Games mengumumkan majoriti emote akan dinyahaktifkan apabila pemain memasuki ruang March Through Time.

Ini adalah bagi mengelakkan emote yang kurang sesuai sehingga dianggap tidak menghormati acara digunakan oleh pemain. Sebaliknya hanya 8 emote yang dihasilkan khusus untuk March Through Time seperti bertafakur dibenarkan. Telah muncul video pemain menggunakan emote yang seakan mengejek apa yang diucapkan MLK dan kandungan yang dipamerkan.

March Through Time dibangunkan oleh Epic Games dengan kerjasama TIME Studio bagi memperingati ulang tahun ke-58 March on Washington for Jobs and Freedom yang berlangsung di Washington pada 28 Ogos 1963. Dengan penggunaan elemen interaktif dalam permainan, Epic Games dan TIME Studio berharap golongan muda boleh mempelajari kepentingan acara ini dalam sejarah Amerika Syarikat.

Sohor Kini