Sony Pictures Universe of Marvel Characters atau SPUMC adalah nama rasmi bagi filem-filem watak Spider-Man daripada Sony. Nama ini digunakan sejak filem The Amazing Spider-Man, kemudian digunakan pada filem Venom, Morbius, Venom: Let There Be Carnage atau juga yang masih dalam produksi Kraven The Hunter dan lain-lain yang pernah dilaporkan.

Terkini, Sony dilihat telah menjenamakan semula nama SPUMC kepada Sony’s Spider-Man Universe. Ia kini adalah nama rasmi bagi francais-francais filem watak Spider-Man daripada Sony Pictures.

Nama ini dilaporkan didedahkan semasa video treler Spider-Man: No Way Home dipertontonkan di CinemaCon. Menurut sumber, nama Sony’s Spider-Man Universe sudah dirancang untuk digunakan sejak The Amazing Spider-Man 2, tetapi disebabkan sambutan filem yang mengecewakan dan Sony telah digodam – penggunaan nama ini dibatalkan dan banyak projek filem Spider-Man Sony dibatalkan.

Sejak Spider-Man diolah semula ke dalam dunia MCU, dengan Tom Holland sebagai Peter Parker/Spider-Man Sony dilihat berjaya (terima kasih kepada Marvel dan Disney) untuk kembali mempopularkan watak ini selepas sekian lama. Spider-Man serba baharu mula muncul dalam Civil WarAvengers: Infinity WarAvengers: Endgame (MCU) dan Spider-Man: HomecomingSpider-Man: Far From Home dan Spider-Man: No Way Home (Sony’s Spider-Man Universe).

Buat masa ini masih tidak pasti jika Tom Holland akan kekal memainkan watak ini di masa akan datang, kerana kontrak beliau dilaporkan hanya untuk sekitar 6-7 filem sahaja. Apa-apa pun, dengan treler baharu Spider-Man: No Way Home – Hypenya gila dan membuatkan orang tidak sabar menyaksikan filem ini di pawagam Disember kelak.

Sohor Kini