Setelah tertiris secara tidak rasmi semalam, pagi ini Sony Pictures akhirnya memperlihatkan trailer sebenar Spider-Man : No Way Home sepanjang tiga minit. Tidak seperti trailer semalam, kesemua elemen kesan khas telah dilengkapkan dan hasilnya menakjubkan.

Dapat dilihat apakah yang berlaku di dalam dunia Spider-Man kali ini hasil dari insiden yang berlaku pula di dalam siri Loki Disney+. Tanpa melakukan pembeberan, jelas sekali beberapa ura-ura mengenai jalan cerita No Way Home yang melibatkan multiverse adalah benar. Spider-Man : No Way Home akan ke pawagam pada 17 DIsember Ini

Sohor Kini