Skip to main content

Trailer filem Spider-Man : No Way Home telah tertiris di Twitter awal pagi ini. Ia kemudiannya terus dipadam dari Internet atas arahan oleh Sony menggunakan akta hak cipta. Beberapa pautan yang memuat naik klip trailer do Twitter dan YouTube hanya menunjukkan video telah dipadam dengan kadar segera.

Ini sedikit sebanyak mengesahkan bahawa trailer tersebut adalah asli. Malahan Tom Holland telah memuat naik stories di Instagram dengan kapsyen “You ain’t ready”. Dari apa yang sempat kami lihat, trailer ini masih belum siap sepenuhnya dengan kesan khas CGI masih dalam versi pre-vis. Kami tidak mahu membeberkan apa yang telah kami tonton cuma ia mengesahkan beberapa ura-ura mengenai No Way Home yang pernah kami laporkan sebelum ini.

Sony dan Marvel Studios masih belum memberikan tarikh bilakah Spider-Man : No Way Home akan ditayangkan di panggung Malaysia. Yang pasti dengan pandemik masih mengganas, tayangan filem seperti Black Widow, Shang-Chi dan Eternals di Malaysia juga masih samar.

Sumber Reddit

Leave a Reply