David S. Goyer yang bertanggungjawab untuk filem Batman Begins dan Man of Steel bakal hadir dengan siri TV Foundation di Apple TV+. Ia adalah adaptasi daripada novel sains fiksyen karya Isaac Asimov dan pertama kali dibawakan ke kaca TV.

Ia akan mempunyai 10 episod, di mana 3 episod pertama akan disiarkan pada hari pelancaran dan episod ke-4 sehingga ke-10 akan disiarkan secara mingguan setiap hari Jumaat. Apple baru-baru ini berkongsi satu lagi treler bagi siri TV ini.

Ia memperlihatkan pengembaraan yang penuh aksi, cabaran dan drama di antara keluarga, komuniti, ada elemen politik, serta penuh dengan emosi. Persoalannya, adakah Dr. Hari Seldon yang ingin membina tamadun manusia baharu di angkasa ini menjadi atau ramalan beliau yang kejatuhan Empire adalah tidak benar?

Siri ini mengisahkan Dr. Hari Seldon yang meramalkan kejatuhan Empire dan bersama beliau adalah pengikut setia mengembara ke angkasa untuk membina tamadun baharu. Tetapi Cleons iaitu pemerintah maharaja klon-klon berasa terancam dengan dakwaan Dr. Hari kerana risau legasi mereka yang sudah lama memerintah di angkasa akan tamat.

Ia akan beri fokus kepada empat individu yang merentasi masa dan angkasa menentang bencana, berubah kepada siapa mereka setia dan juga menceritakan hubungan yang rumit sambil menentukan nasib kemanusiaan. Sama-sama kita nantikan 24 September akan datang.

Sohor Kini