Semasa acara WWDC pada tahun 2020, Apple mengumumkan siri TV Foundation. Iaitu siri TV yang diadaptasi daripada novel sains fiksyen Isaac Asimov. Novel ini kali pertama diterbit pada tahu 1942 da siri oertama tamat pada tahun 1950. Pada tahun 1951 sehigga 1953 ia diteruskan lagi sehinggalah mempunyai trilogi Foundation, Foundation and Empire, dan Second Foundation.

Selepas lebih setahun menanti perkembangan siri TV ini, akhirnya kita dapat tahu yang Apple akan siarkannya pada 24 September tahun ini di Apple TV+. Ia akan mempunyai 10 episod, di mana 3 episod pertama akan disiarkan pada hari pelancaran dan episod ke-4 sehingga ke-10 akan disiarkan secara mingguan setiap hari Jumaat.

Siri ini mengisahkan Dr. Hari Seldon yang meramalkan kejatuhan Empire dan bersama beliau adalahj pengikut setia mengembara ke angkasa untuk membina tamadun baharu. Tetapi Cleons iaitu pemeritah maharaja klon-klon berasa terancam dengan dakwaan Dr. Hari kerana risau legasi mereka yang sudah lama memeritah di angkasa akan tamat. Ia akan beri fokus kepada empat individu yang merentasi masa dan angkasa menentang bencana, berubah kepada siapa mereka setia dan juga menceritakan hubugan yang rumit sambil menentukan nasib kemanusiaan.

Antara pelakon dalam siri TV ini adalah calon Emmy Jared Harris dan Lee Pace, pelakon baharu Lou Llobell dan Leah Harvey, serta Laura Birn, Terrence Mann, Cassian Bilton dan Alfred Enoch. Siri ini dihasilkan oleh David S. Goyer (“Batman Begins,” “Man of Steel”) dan diterbit oleh Apple dan Skydance Television. Selain David, Robyn Asimov, Josh Friedman, Cameron Welsh, David Ellison, Dana Goldberg dan Bill Bost turut terlibat sebagai penerbit eksekutif.

Sohor Kini