Disney akan hadir dengan anime berasaskan Star Wars – Star Wars: Vision. Ia adalah siri antologi dengan 9 kisah daripada 7 studio animasi di Jepun. Kononya, di galaksi memang ada cerita-cerita mitos/legenda, sejarah dan mitologi Jepun. Jadi animasi-animasi ini menggabungkan elemen tradisional Jepun bersama Star Wars.
Treler terbaru memperlihatkan pelbagai iterasi berbeza dengan penceritaan berbeza. Bentuk animasi juga dilihat ada seakan lakaran, seakan komik dan juga yang benar-benar cantik dan gempak.
Selain memperlihatkan Light Saber, konsep berbeza mengenai sisi gelap dan sisi nur, pelbagai aksi yang mendebarkan dapat dilihat. Pertempuran Light Saber dalam siri ini juga dilihat bukan biasa-biasa. Disney juga mendedahkan senarai pelakon suara bagi versi bahasa Inggeris, berikut adalah di antaranya;
The Duel: Brian Tee (Ronin), Lucy Liu (Bandit Leader), Jaden Waldman (Village Chief)
Tatooine Rhapsody: Joseph Gordon-Levitt (Jay), Bobby Moynihan (Geezer), Temuera Morrison (Boba Fett), Shelby Young (K-344), Marc Thompson (Lan)
The Twins: Neil Patrick Harris (Karre), Alison Brie (Am), Jonathan Lipow (B-20N)
The Village Bride: Karen Fukuhara (F), Nichole Sakura (Haru), Christopher Sean (Asu), Cary-Hiroyuki Tagawa (Valco), Andrew Kishino (Izuma), Stephanie Sheh (Saku)
The Ninth Jedi: Kimiko Glenn (Kara), Andrew Kishino (Juro), Simu Liu (Zhima), Masi Oka (Ethan), Greg Chun (Roden), Neil Kaplan (Narrator), Michael Sinterniklaas (Hen Jin)