Buat pertama kalinya, Disney akan hadir dengan anime berasaskan Star Wars. Ia adalah siri antologi dengan 9 filem pendek daripada 7 studio animasi di Jepun. Siri anime ini sudah tentu dikendalikan oleh Lucasfilm, iaitu Jacqui Lopez sebagai penerbit eksekutif. Menyertai beliau adalah James Waugh dan Josh Rimes dengan jawatan sama.

Sementara Justin Leach dari Qubic Pictures menjadi penerbit eksekutif bersama dan Kanako Shirasaki sebagai penerbit. Setiap filem pendek dalam siri antologi ini mempunyai penceritaan gaya Jepun berasaskan dunia Star Wars. Kononya, di galaksi sudah ada pun legenda, kisah-kisah dan sejarah mitologi Jepun. Berikut adalah video bagaimana siri Star Wars: Vision – anime pertama Star Wars dihasilkan.

Berikut adalah studio terlibat dengan karya masing-masing;

  1. Kamikaze Douga
    • The Duel
  2. Geno Studio (Twin Engine)
    • Lop and Ochō
  3. Studio Colorido (Twin Engine)
    • Tatooine Rhapsody
  4. Trigger 
    • The Twins
    • The Elder
  5. Kinema Citrus
    • The Village Bride
  6. Science Saru
    • Akakiri
    • ST0-B1
  7. Production IG
    • The Ninth Jedi

Menurut Disney, setiap studio yang dipilih mempunyai peminat tegar Star Wars dan pencipta setiap filem pendek ini sudah ada idea bagaimana Star Wars akan disampaikan dalam bentuk anime dan gaya penceritaan Jepun. Karya-karya mereka sebelum ini pun ada yang mengambil inspirasi daripada Star Wars.

Star Wars: Vision akan disiarkan di Disney+ Hotstar pada 22 September akan datang. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini