Microsoft Kini Menguji Antaramuka Xbox Series X Pada Resolusi 4K

Pada penghujung tahun lepas, Microsoft melancarkan konsol Xbox Series X mereka yang hadir dengan sokongan untuk memainkan permainan pada resolusi 4K dan kadar segar semula 120Hz. Xbox Series X berkemampuan untuk menggerakkan permainan pada tetapan tinggi, tetapi ia mempunyai satu kelemahan yang ketara.

Antaramuka sistem Xbox Series X sayangnya hanya menyokong resolusi Full HD. Ini bermakna bahawa jika anda menggunakan konsol ini pada paparan dengan resolusi 4K, antaramuka konsol tersebut akan kelihatan sedikit kabur.

Untuk memperbaiki isu ini, Microsoft dilaporkan sedang menguji antaramuka Xbox Series X pada resolusi 4K melalui program Xbox Insider Alpha yang membolehkan pengguna konsol untuk menguji ciri-ciri baru pada konsol tersebut.

Akan tetapi, menurut beberapa laporan, rekaan antaramuka baru ini hanya akan ditawarkan untuk Microsoft Xbox Series X dan bukan Series S. Ia tidak diketahui lagi bilakah resolusi antaramuka baru ini akan diperkenalkan secara meluas, tetapi kami jangkakan ia akan tiba tidak lama lagi.

Sumber: WCCF Tech

Sohor Kini