Nintendo adalah salah satu syarikat permainan yang masih lagi sedang berusaha untuk memerangi gejala cetak rompak, khususnya untuk konsol-konsol permainan lama mereka, Nintendo DS yang sudahpun dihentikan jualannya.

Akan tetapi permainan yang hadir pada platform tersebut boleh dikatakan masih lagi sangat popular kerana masih ramai lagi orang yang memuat-turun permainan-permainan pada platform ini pada laman web ROM.

RomUniverse ialah salah satu daripada laman web muat-turun ROM permainan Nintendo yang sangat popular dan telah diarahkan untuk tutup dan pemiliknya perlu membayar saman $2.1 juta melalui pembayaran $50 sebulan.

Sayangnya baru-baru ini ia dilaporkan bahawa pemilik laman ROM tersebut tidak membayar saman tersebut, dan kini diarahkan untuk memadam semua ROM cetak rompak yang dimilikinya, selepas Nintendo mengatakan ia mudah untuk individu tersebut memuat-naik perisian-perisian tersebut dan menawarkannya pada platform cetak rompak baru.

Mahkamah Amerika Syarikat menetapkan tarikh 20 Ogos 2021 sebagai tarikh terakhir untuk pemilik RomUniversi untuk memadam semua perisian cetak rompak ini, atau hukuman yang lebih berat akan dijatuhkan terhadapnya.

Sumber: GamesRadar

Sohor Kini