Famitsu, jika anda tidak tahu ialah majalah gaming yang paling laris jualannya di Jepun. Seringkali banyak berita terbaru mengenai dunia gaming di Jepun boleh dibaca melalui majalah tersebut, dan pelbagai berita gaming yang ditulis oleh wartawan antarabangsa juga disumberkan melalui Famitsu.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa senarai jualan 30 permainan popular mingguan di Jepun pada 8 Ogos 2021 semuanya telah dikuasai oleh permainan-permainan video daripada konsol Nintendo Switch. Sehingga kini, ia boleh dikatakan bahawa Nintendo Switch ialah konsol permainan video yang paling popular di Jepun kerana ia bukan sahaja hadir dengan kebolehan untuk dibawa kemana-mana, tetapi ia juga boleh dipasang pada dok untuk menjadi sebuah konsol penuh.

Melalui laman web Famitsu, ia boleh dilihat bahawa senarai 30 permainan video paling popular dari 2 Ogos sehingga 8 Ogos 2021 semuanya adalah permainan daripada konsol Nintendo Switch. Di tempat pertama ialah Minecraft, tempat kedua Legend of Zelda: Skyward Sword HD dan di tempat ketiga, Crayon Shin-chan – Ora to Hakase no Natsuyasumi – Owaranai Nanokakan no Tabi.

Ia dilaporkan bahawa ini adalah kali pertama sejak November 1988 apabila Nintendo mengawal kesemua 30 kedudukan dalam senarai Famitsu, dan ia menunjukkan penguasaan Nintendo di pasaran gaming Jepun walaupun konsol tersebut dilihat tidak semegah Sony PlayStation ataupun Microsoft Xbox.

Sumber: Famitsu

Sohor Kini