Jika anda seorang pengguna tegar Discord, dan secara khususnya mempunyai langganan premium Discord Nitro, syarikat aplikasi berborak dalam permainan tersebut telah menawarkan langganan YouTube Premium selama tiga bulan secara percuma.

Discord mengatakan bahawa pelanggan Nitro di negara-negara Amerika Syarikat, Australia, Brazil, Kanada, Perancis, Germany, Great Britain, Jepun, Korea, New Zealand, Russia, Afrika Selatan dan Turki semuanya termasuk didalam negara yang boleh menebus promosi ini, tetapi apabila kami melihat pada aplikasi kami sendiri, nampaknya pengguna Malaysia juga boleh menebus hadiah langganan ini.

Akan tetapi, satu lagi perkara yang perlu diambil kira ialah promosi ini hanya boleh ditebus oleh mereka yang tidak pernah melanggan perkhidmatan YouTube Premium ataupun YouTube Music Premium sebelum ini. Anda boleh melihat hadiah langganan ini melalui menu Gift Inventory didalam menu tetapan pengguna.

Hadiah langganan ini telahpun diberi kepada pengguna bermula 9 Ogos 2021 dan perlu diterima di aplikasi Discord pada 30 Oktober 2021. Langganan ini juga perlu ditebus di YouTube pada 30 November 2021 kelak, dimana ia tidak boleh digunakan selepas tarikh tersebut.

Sohor Kini