What If…? adalah siri animasi daripada Marvel Studios untuk Disney+. Ia adalah animasi pertama yang berkait secara terus dengan filem-filem MCU. Dengan pengakhiran siri TV Loki musim pertama, di mana garis masa telah berpecah kepada pelbagai variasi – siri animasi ini akan menerokai variasi-variasi lain watak-watak filem MCU.

Baru-baru ini, Marvel telah kongsi video acah baharu bagi siri animasi ini.

Video acah yang ringkas ini memperlihatkan pelbagai variasi watak yang kita sudah kenal. Contohnya Agent Peggy Carter dan Steve Rogers, dalam siri ini Peggy yang ambil serum menjadi Captain Carter dan menurut laporan Steve adalah Iron Man pertama. T’Challa pula adalah Star Lord kerana Yondu culik beliau bukannya Peter Quill. Turut kelihatan adalah zombi-zombi, versi hero-hero Avengers, dan banyak lagi yang aneh.

Siri animasi ini mempunyai suara latar daripada The Watcher lakonan suara Jeffrey Wright iaitu pembantu kepada Kang the Conqueror yang memerhatikan semua garis masa berlainan ini secara serentak.

Siri animasi ini akan disiarkan di Disey+ Hotstar pada 11 Ogos akan datang.

Sohor Kini