Sejak Avengers: Endgame, Disney dan Marvel mula menggunakan elemen rentas-masa dan memperkenalkan konsep rentas-dunia. Dunia manusia yang mereka tinggal, hanyalah salah satu dunia daripada banyak dunia lain dengan iterasi berbeza oleh identiti masing-masing.

WandaVision, Spider-Man: No Way Home dan Dr. Strange 2 dikatakan memainkan peranan penting dalam elemen baharu untuk perfileman adiwira. Meneruskan eksperimen dengan elemen ‘baru’ ini, Disney dan Marvel Studios hadir dengan siri animasi What If…?.

What If…? atau jika diterjemahkan adalah Apa Jadi Kalau…?. Dalam siri animasi ini mereka akan menyertakan banyak fan service, teori peminat, perbincangan hangat, adegan komik, mungkin plot hole atau mungkin antara titik permulaan awal MCU fasa keempat. Kita tahu yang siri ini akan memperlihatkan Agent Peggy Carter ambil serum adi-askar dan menjadi Capten Carter. Manakala Steve Rogers adalah Iron Man pertama.

Video acah ini turut memperlihatkan T’Challa sebagai Star Lord, Tony Stark sebagai Zombi Iron-Man, Killmonger adalah protagonis membantu Tony Stark dalam Iron Man 1 dan banyak lagi. Lebih menarik, semua pelakon asal watak-watak ini kembali menggunakan suara mereka untuk versi animasi. Siri ini juga akan memperlihatkan Dr. Strange sebagai pengikut penjahat Agent Dormamu dan paling mengejutkan bayangan Kang The Coqueror kelihatan, adakah siri What If…? salah satu garis masa dan Variant lain watak-watak MCU?

Ada yang kata siri animasi ini adalah berkait dengan dunia MCU. Mungkin ia berlaku dalam salah satu dunia lain MCU atau Bumi lain. Apa-apa pun, What If akan disiarkan di Disney+ pada 11 Ogos akan datang.

Sohor Kini