Variety telah melaporkan yang Netflix di dalam peringkat awal pembangunan untuk siri aksi nyata Pokemon yang akan mengambil inspirasi daripada siri Detective Pikachu yang dilancarkan pada tahun 2019. Buat masa ini plot penceritaan ataupun pihak yang terlibat masih tidak disahkan, namun Joe Henderson iaitu Penerbit Eksekutif untuk siri Lucifer akan mengetuai projek ini.

Netflix sejak beberapa tahun ini, banyak melibatkan diri dengan IP-IP dari siri permainan video juga siri animasi yang lain, mereka sebelum ini mengumumkan siri animasi untuk Splinter Cell, Far Cry serta telah pun hadir dengan siri aksi nyata untuk The Witcher.

Detective Pikachu merupakan percubaan pertama untuk Pokemon hadir dengan siri aksi nyata, dan ia boleh dikatakan sebagai satu percubaan yang berjaya. Namun, Detective Pikachu mengambil inspirasi daripada permainan berjudul sama, oleh itu agak menarik untuk menantikan mengenai plot penceritaan yang akan dibawa oleh siri ini.

Sohor Kini