Tencent telah mengumumkan yang kejohanan terbesar untuk PUBG Mobile iaitu PUBG Mobile Global Championship akan kembali untuk tahun kedua. Mereka mengumumkan yang ia akan bermula pada November 2021 sehingga Januari 2022. Peringkat Liga akan berlangsung pada bulan November dan Disember manakala peringkat akhir pada Januari tahun depan.
Kejohanan ini juga akan membawa hadiah terkumpul tertinggi di dalam sejarah kejohanan untuk PUBG Mobile dengan menawarkan hadiah bernilai $6 juta (~RM25 juta). Pasukan yang mendapat markah tertinggi di dalam kejohanan PUBG Mobile Pro League (PMPL) akan melayakkan diri bersama dengan pasukan terbaik daripada kejohanan di peringkat benua.
Pada kejohanan untuk tahun lepas, PMGC terpaksa mengubah cara penganjuran apabila beberapa pemain didapati positif Covid-19, manakala bagi tahun ini mereka tidak mengesahkan lagi jika ia dianjurkan secara dalam atau luar talian.
PMGC tahun lepas telah dimenangi oleh Nova Esports dari China dan wakil tunggal Malaysia iaitu Team Secret berada di tempat ketujuh.


