Akhrinya, video acah bagi siri TV Chucky telah disiarkan. Ia adalah sekuel kepada francais filem Child’s Play yang lalu.

Siri TV ini memfokuskan kepada watak Jake Wheeler, iaitu seorang kanak-kanak yang membeli anak patung Child’s Play di sebuah jualan garaj/halaman di sebuah bandar.

Sudah semestinya, Chucky hidup dan mula membunuh. Paling dahsyat, Chucky menjadikan keadaan bandar ini huru-hara dengan mendedahkan rahsia semua orang. Berdasarkan video acah ini, Jake dilihat mungkin adalah Andy baharu untuk Chucky kawal.

Berbeza dengan filem olahan semula pada 2019, Mark Hamill adalah pelakon suara bagi Chucky. Siri TV ini mengekalkan Brad Dourif, iaitu pembunuh Charles Lee Ray – kerana adalah sekuel secara terus. Ia akan disiarkan di SyFy di Amerika Syarikat dan tidak pasti lagi sama ada akan disiarkan di Malaysia ataupun tidak 12 Oktober kelak. Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply