Skip to main content

Child’s Play adalah francais filem seram mengisahkan anak patung yang bernama Chucky yang dirasuk oleh penjenayah yang mati melalui sihir. Ia membunuh keluarga, kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang Si Chucky rasa ingin membunuh. Musuh utama Chucky ialah Andy, iaitu pemilik beliau. Selepas penggunamaan nama Child’s Play, filem ini turut menggunakan nama Bride of Chucky, Seed of Chucky, Curse of Chucky dan Cult of Chucky. Kesemua filem ini, Brad Dourif adalah pelakon suara bagi Chucky, kecuali filem Child’s Play 2019 yang merupakan filem olahan semula dan menggunakan suara Mark Hamill.

Sebelum ini ada kedengaran yang Chucky akan kembali dalam bentuk siri TV. Akhirnya hari ini, video acah bagi siri TV ini dengan judul Chucky telah diterbitkan. Menariknya, Brad Dourif kembali sebagai pelakon suara. Siri TV ini juga merupakan sekuel kepada francais filem asal dengan mengembalikan elemen seram yang sama seperti filem-filem lama atau sekurang-kurangnya dua filem pertama. Kita akan lihat kembali aksi roh Charles Lee Ray dalam tubuh anaj patung sebagai Chucky beraksi membunuh.

Sinopsis bagi siri TV ini adalah, Chucky yang ditemui dalam jualan halaman di sebuah bandar di Amerika. Chucky kemudian menjadikan keadaan huru-hara membongkarkan rahsia bandar tersebut dan banyak kematian berlaku. Menariknya, asal-usul Chucky yang tidak pernah diceritakan akan dibongkarkan dan ada kemungkinan watak misteri yang anda kenal akan muncul.

Leave a Reply