Permainan Counter-Strike boleh dikatakan diantara permainan komputer yang paling lama bertahan sehingga kini, malah sejak ia diperkenalkan sebagai sebuah tajuk e-sukan popularitinya tidak pernah berkurangan, malah sehinggakan kulit senjata dalam permainan hadir dengan nilai harga yang sangat tinggi sehinggakan ramai sahaja pemain permainan ini yang sanggup membelanjakan wang untuknya.

Terkini, Valve telah memperkenalkan acara CounterStrike Dreams & Nightmares Workshop yang mana Valve akan memilih 10 rekaan terbaik bertemakan mimpi baik dan ngeri untuk digunakan dalam permainan CounterStrike Global Offensive.

Valve juga telah membuka sebuah laman web khusus untuk pertandingan seni ini untuk memberi sedikit ilham tentang jenis rekaan yang diingini, bersama-sama dengan rekaan senjata yang akan digunakan. Lebih menarik lagi, untuk insentif terbesar, 10 rekaan yang dipilih semuanya akan hadir dengan hadiah wang bernilai $100,000 yang mana jumlah keseluruhannya ialah $1 juta.

Jika anda merasakan anda boleh mereka kulit senjata yang diingini Valve, dan mahu memenangi wang tunai yang cukup besar ini, anda boleh ke laman web Counter-Strike GO Dreams & Nightmares.

Sumber: Valve

Sohor Kini