Sekitar dua minggu lalu, Netflix dan CD Projekt Red telah mengumumkan filem animasi The Witcher: Nightmare of the Wolf. Ia adalah kisah Vesemir, seorang Witcher yang memburu raksasa demi wang yang kemudiannya menjadi guru kepada Geralt.

Baru-baru ini, Netflix telah terbitkan video acah bagi filem ini.

Dalam filem animasi ini, Vesemir (Theo James) terpaksa menziarahi masa silam beliau yang gelap demi menjadi hero untuk menghentikan masalah politik yang melibatkan pelbagai raksasa di Continent.

Berdasarkan video acah ini, Vesemir dilihat mempunyai perwatakan seorang yang suka mencari masalah, lucu, dan juga hebat dalam menghapuskan raksasa. Selain beliau, Tetra Gilcrest (Lara Pulver), Lady Zerbst (Mary McDonnell) dan Deglan (Graham McTavish) turut terlibat dalam filem ini. Tetra adalah ahli sihir keturunan pertama yag menjaga keamanan Continent.

Lady Zerbst pula adalah penasihat raja yang menyokong semua golongan Witcher dan Deglan pula adalah ketua pahlawan-pahlawan The Witchers yang tegas, dan sanggup melalukan apa sahaja demi pengikut beliau.

Filem ini ditulis oleh pasukan yang sama menghasilkan siri TV The Witcher, iaitu Lauren S. Hissrich dan Beau DeMayo. Sementara itu, pengarah adalah Kwang Il Han dan studio animasi adalah studio yang sama menghasilkan The Legend of Korra.

Filem animasi ini akan disiarkan di Netflix pada 23 Ogos akan datang. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini