Skip to main content

The Fairly OddParents adalah siri animasi yang cukup popular yang disiarkan di saluran Nickelodeon. Ia adalah animasi ciptaan Butch Hartman, mengisahkan watak kanak-kanak 10-tahun Timmy Turner yang mempunyai “ibu bapa” angkat pari-pari Cosmo dan Wanda.

Timmy sering dijaga oleh Vicky ketika ibu bapanya kerja dan disebabkan Vicky adalah penjaga yang kejam – Timmy meminta Cosmo dan Wanda tunaikan permintaan untuk melindungi diri, mempertahankan diri, menenangkan diri, menggembirakan diri dan sebagainya.

Terkini menurut Presiden dan CEO Nickelodeon, Brian Robbins siri animasi ini akan diolah semula sebagai siri aksi nyata khusus untuk disiarkan di platform penstriman Paramount+. The Fairly OddParents akan mengembalikan beberapa pelakon suara asal untuk kekal sebagai watak masing-masing. Siri aksi nyata ini dikatakan adalah iterasi dan konsep baharu dengan harapan beliau untuk mengembalikan populariti francais Fairly OddParents melalui Paramount+. Siri ini dikatakan sedang dalam sesi penggambaran.

Tidak jelas lagi sama ada adakah menggunakan konsep Timmy sebagai manusia dan Cosmo dan Wanda adalah animasi seperti filem A Fairly Odd Movie: Grow Up, Timmy Turner!. Beliau juga tidak dedahkan lagi pelakon asal manakah yang akan kembali dan apakah plot cerita. Tetapi selepas bertahun tiada episod baharu, siri aksi nyata ini adalah harapan baru.

Siri animasi ini mula diperkenalkan pada tahun 1998, tetapi hanya pada Mac 2001 ia mula dijadikan sebagai siri animasi dengan satu episod 30 minit – kerana meraih populariti di luar jangkaan. The Fairly OddParents tamat dengan musim kelima pada tahun 2006, kembali pada 2008 dan tamat dengan musim kesepuluh pada tahun 2017 kerana Butch Hartman telah meninggalkan Nickelodeon.

Leave a Reply