What If…? adalah siri animasi eksklusif untuk Disney+. Siri ini akan berada dalam dunia MCU, tetapi dengan sedikit putar belit. Ini kerana siri ini akan menjawab persoalan peminat seperti “Kalaulah, Peggy Carter yang ambil serum adi-askar – Steve Rogers akan jadi apa?”.

Antara episod yang telah disahkan adalah di mana Peggy Carter yang mengambil serum adi-askar dan Steve Rogers adalah Iron Man. Siri animasi What If ini dilaporkan akan mempunyai 23 episod. Setiap episod adalah berdasarkan daripada setiap filem yang pernah wujud dalam francais filem MCU. Ini adalah termasuk dengan Spider-Man: Far From Home.

Menjadikan siri animasi ini lebih menarik adalah, pelakon asal setiap watak akan kekal sebagai suara setiap watak animasi dalam What If…? Menurut mereka yang hadir di acara D23 2019, akan terdapat satu episod yang memperlihatkan Captain America sebagai zombie.

Sohor Kini