Amazon telah membeli hak The Lord of the Rings pada 2017 dan dianggarkan akan membelanjakan sekitar $1 bilion untuk menghasilkan francais siri TV ini. Siri TV pertama mereka adalah prekuel kepada francais filem dan dilaporkan menelan kos sekitar $465 juta untuk musim pertama dan mereka sudah rancang untuk hadir dengan sebanyak lima musim.

Terkini, musim pertama siri TV ini dilaporkan telah tamat sesi penggambaran yang bermula sejak awal tahun ini. Antara pelakon yang terlibat adalah Charles Edwards (The Crown), Will Fletcher (The Girl Who Fell), Amelie Child-Villiers (The Machine) dan juga pelakon baharu Beau Cassidy. Turut serta dalam siri TV ini adalah 39 pelakon lain lagi yang akan memainkan watak baharu dan juga watak lama yang sudah dikenali peminat.

Prekuel siri TV ini berlaku di zaman Second Age of Middle-earth, iaitu beribu tahun sebelum The Lord of the Ring dan The Hobbit. Ia akan menceritakan kisah silam bagaimana kerajaan dunia fantasi ini bangkit, tewas, bagaimana makhluk berkuasa mula muncul, pahlawan yang diuji, pengembaraan ke dunia yang lebih gelap dan/atau bertempur dengan musuh Middle-Earth. Lokasi seperti Misty Mountains sehinggalah ke Lindon akan diterokai termasuklah pulau Númenor akan disampaikan dengan gaya yang tidak pernah disaksikan peminat.

Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut.

Leave a Reply