Sejak daripada musim ke-5 episod 95 lagi, siri animasi popular The Simpsons, telah menampilkan watak-watak Marvel. Sama ada parodi, pelakon sama kembali sebagai pelakon suara watak, ramalan Disney sehinggalah MCU. Kini dengan Fox yang sudah dimiliki oleh Disney, pelbagai lagi perkara menarik Marvel yang boleh diselitkan. Baru-baru ini, mereka baru sahaja selesai, iaitu bulan lepas dengan The Force Awakens From Its Nap.

Sempena Loki yang tinggal dua lagi episod dalam tempoh dua minggu dan filem Black Widow yang akan disiarkan/ditayangkan (bukan di Malaysia) bermula 9 Julai, Disney hadir dengan filem pendek khas The Simpsons bertemakan MCU – The Good, The Bart, And The Loki. Menariknya, Tom Hiddleston akan kekal sebagai Loki.

Ia akan memfokuskan Loki yang telah diusir daripada Asgard, dan terpaksa bersemuka dengan karenah watak-watak The Simpsons di bandar Springfield. Dewa Pengkhianat terkenal yang digemari ramai ini akan berganding bahu dengar Bart, sambil watak-watak lain menjadi parodi kepada watak-watak sedia terkenal dalam MCU.

Loki adalah siri TV Disney+ paling popular dan distrim oleh ramai orang pada minggu pelancaran, sehingga banyak kandungan diubah jadual siaran ke hari Rabu sepertinya. The Good, The Bart, And The Loki akan tiba di Disney+ Hotstar Malaysia pada 7 Julai ini, dua hari sebelum pasaran Amerika Syarikat tayang dan siar Black Widow.

Sohor Kini