Semua Kandungan Asli Disney+ Akan Disiarkan Pada hari Rabu

Disney+ adalah platform penstriman video Disney bagi bersaing dengan Netflix, Prime Video, Apple TV+ dan banyak lagi. Selain daripada menawarkan penstriman kandungan-kandungan yang dipegang oleh mereka, ia juga adalah platform untuk menyiarkan pelbagai kandungan asli seperti siri TV Star Wars, MCU, Pixar dan banyak lagi.

Sebelum ini, semua kandungan asli disiarkan pada setiap hari Jumaat. Bermula dengan Loki, mereka mengubah hari siaran kepada hari Rabu. Dengan Loki, Disney+ menerima rekod baharu di mana siri yang disiarkan pada pertengahan minnggu – iaitu Rabu menerima maklum balas yang hangat. Untuk itu, mereka mengubah strategi siaran semua kandungan asli mereka ke hari Rabu. Berikut adalah senarai kandungan yang akan tiba tidak lama lagi;

  • Monsters at Work 
    • Daripada 2 Julai, kepada 7 Julai.
  • Turner & Hooch 
    • Daripada 16 Julai, kepada 21 Julai.
  • Behind the Attraction 
    • Daripada 16 Julai, kepada 21 Julai.
  • Chip ‘n’ Dale: Park Life 
    • Daripada 23 Julai, kepada 28 Julai.
  • Turning the Tables with Robin Roberts 
    • Daripada 30 Julai, kepada 28 Julai.
  • The Wonderful World of Mickey Mouse – batch 2
    • Daripada 30 Julai, kepada 28 Julai.
  • Growing Up Animal 
    • Daripada 20 Ogos, kepada 18 Ogos.
  • Short Circuit Musim 2
    • Daripada 30 Julai, kepada 4 Ogos.

Sumber: TV Line

Sohor Kini