Hideo Kojima sebelum ini telah mengumumkan yang Death Stranding: Director’s Cut akan dilancarkan untuk PlayStation 5 dan kini giliran permainan Ghost of Tsushima pula menerima satu yang sama iaitu Ghost of Tsushima: Director’s Cut telah tersenarai untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5 di Agensi Penarafan Eropah.

Buat masa ini tidak disahkan lagi apa yang disertakan di dalam edisi ini, Ghost of Tsushima telah menerima beberapa kandungan pelancaran termasuk juga mod multi-pemain Legends. Namun, setiap kandungan tersebut disertakan secara percuma dan sudah tiba untuk semua pemain.

Terdapat ura-ura mengatakan yang Ghost of Tsushima akan menerima permainan sampingan kendiri iaitu Ghost of Ikishima, jika ia benar, berkemungkinan yang Director’s Cut ini akan menyertakan kedua-dua permainan di dalam satu berkas.

Sony ataupun Sucker Punch Productions tidak lagi mengesahkan sebarang pengumuman terbaru untuk Ghost of Tsushima, namun kita boleh jangkakan ia akan tiba tidak lama lagi. Anda boleh baca ulasan kami untuknya di pautan ini; Ulasan Ghost Of Tsushima – Kembali Ke Zaman Feudal Jepun Dengan Permainan Dunia Terbuka Yang Menawan.

Sohor Kini