Semalam ketika acara Apple WWDC Keynote, Apple mengumumkan satu siri baharu buat langganan Apple TV+ iaitu Foundation di mana ia adalah siri sains fiksyen khas berdasarkan buku dengan nama yang sama oleh Isaac Asimov.

Foundation merupakan siri buku sains fiksyen oleh Isaac Asimov yang mula diterbitkan sejak 1951 lepas di mana ia memfokuskan saga pengembaraan untuk menyelamatkan manusia daripada pupus dan membangunkan semula tamadun.

Siri ini akan dibintangi oleh Jared Harris, Lee Pace, Lou Llobell dan ia disahkan akan tiba di Apple TV+ pada tahun hadapan.

Sohor Kini